Lonjakan kedua pula bakal membentuk sinergi dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran dengan cara memperkukuh dan memperhebatkan lagi kerjasama strategik awam-industri. Kerajaan juga merancang untuk melatih sehingga 300,000 rakyat Malaysia daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) mulai sekarang hingga 2025. Melalui lonjakan pertama, kerajaan akan melatih serta meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan daripada 28 peratus ketika ini kepada 35 peratus menjelang 2020 agar mereka menjadi kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Kita yakin langkah kerajaan ini dapat memastikan TVET menjadi pembekal tenaga kerja mahir negara sekali gus dapat menggantikan peranan pekerja asing. Dan kita juga perlu mengambil peluang dan membuat perancangan rapi supaya secara perlahan-lahan dapat mengurangkan pergantungan negara ini terhadap tenaga kerja asing yang terpaksa dibawa masuk bagi memenuhi keperluan pasaran kerja tempatan.īaru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima lonjakan bagi mentransformasikan sistem TVET agar benar-benar berupaya menjadi agen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara. Ini kerana kelompok anak muda inilah bakal memacu dan meneruskan kegemilangan negara ini pada masa akan datang.
Kita sedar bukan mudah untuk mencapai dan mengekalkan status negara maju berpendapatan tinggi namun usaha dan langkah ke arah itu perlu dimulakan dari peringkat akar umbi lagi.ĭalam konteks ini inisiatif untuk melatih anak muda tempatan mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional adalah sangat mustahak. Hakikatnya kita perlu mengorak langkah ke hadapan untuk melihat hala tuju landskap dan pembangunan negara dalam pelbagai sektor sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 atau 30 tahun yang akan datang. LIMA lonjakan diumumkan kerajaan baru-baru ini bagi mentransformasikan sistem TVET akan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan ekonomi negara.